More

    Lexar lancarkan kad mikroSD dan produk ‘gaming’ baharu di IFA 2023

    Lexar, sebuah jenama global terkemuka dalam penyelesaian memori kilat memperkenalkan pelbagai produk baru merangkumi kad Professional GOLD micro SDXC UHS-II, SSD dalaman, DRAM dan SSD mudah alih.

    Kad Professional GOLD micro SDXC UHS-II disediakan dalam kapasiti 128GB dan 256GB, mempunyai prestasi kelajuan tinggi dengan penarafan Kelas Kelajuan Video 60 (V60). Ia membolehkan pengguna merakam, memainkan dan memindahkan multimedia definisi tinggi dengan cepat termasuk video 4K dengan kelajuan pindahan baca hingga 280MB/s. Kad ini sesuai digunakan dengan peranti gaming, kamera camcorder sukan, tablet, telefon pintar, dan dron.

    Memori Desktop Lexar ARES RGB DDR5 mencapai kelajuan sebanyak 8000MT/s dan 8400MT/s, dilengkapi dengan pencahayaan RGB LED yang boleh disesuaikan dan penyebar haba aluminium premium untuk pengurusan suhu. Dengan ECC on-die, ia memastikan kestabilan data dan dengan IC Pengurusan Kuasa (PMIC) bersepadu untuk meningkatkan kawalan kuasa dan penghantaran.

    SSD NVMe M.2 Gen 5 Professional NM1090 Lexar pula mempunyai kapasiti dari 1TB hingga 4TB, memberikan prestasi kelajuan baca 12,000MB/s dan kelajuan tulis 11,000MB/s atas sokongan teknologi PCIe Gen 5×4 NVMe 2.0. Ia menyertakan penyejuk aktif bersepadu untuk prestasi dan kecekapan yang lebih baik serta pengawal 12nm untuk penggunaan kuasa yang lebih rendah.

    NM790 dengan Heatsink M.2 NVMe SSD Lexar, tersedia dalam kapasiti dari 1TB hingga 4TB menawarkan kelajuan baca 7400MB/s dan kelajuan tulis 6500MB/s menggunakan teknologi PCIe Gen 4. Ia datang dengan penyejuk bersepadu untuk kawalan terma dan sesuai digunakan dengan komputer desktop serta PlayStation 5.

    SSD mudah alih baru Lexar direka untuk pengguna yang bekerja dengan fail besar sewaktu dalam perjalanan. SSD mudah alih SL600 dengan kapasiti 512GB hingga 4TB menawarkan kelajuan sehingga 2000MB/s baca dan tulis, mempunyai kemasan aluminium tahan lama. SSD mudah alih Armor 700 Rugged (1TB hingga 4TB) mempunyai penarafan kalis air dan habuk IP65 dengan reka bentuk yang tahan lasak serta mampu bertahan jatuhan 3 meter.

    SSD mudah alih SL500 (512GB hingga 4TB) mencapai kelajuan baca sehingga 2000MB/s dan tulis sehingga 1080MB/s, dengan reka bentuk aluminium yang elegan. Semua SSD mudah alih ini dilindungi dengan Lexar DataShield, yang menawarkan enkripsi 256-bit AES untuk melindungi fail.

    Anda boleh ketahui lebih banyak produk Lexar di Instagram, Twitter, Facebook, Youtube dan LinkedIn. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured