More

    LG bakal perkenal robot rumah LG CLOiD di CES 2026

    LG Electronics akan memperkenalkan robot rumah baharunya iaitu LG CLOiD buat pertama kali di CES 2026. Robot ini dibangunkan sebagai pembantu rumah pintar yang menyokong visi “Zero Labor Home, Makes Quality Time” yang bertujuan mengurangkan beban kerja rumah agar pengguna dapat menumpukan lebih masa kepada perkara yang lebih bermakna.

    LG CLOiD direka untuk melaksanakan pelbagai tugasan dalaman rumah dan dilengkapi dua lengan artikulasi dengan tujuh darjah kebebasan setiap satu serta lima jari bermotor pada setiap tangan bagi membolehkan pergerakan yang fleksibel dan tugasan halus.

    Bahagian kepala robot menempatkan cip pemproses, paparan, pembesar suara, kamera dan pelbagai sensor bagi menyokong interaksi suara semula jadi, komunikasi ekspresif serta navigasi pintar. Ia dikuasakan oleh teknologi Affectionate Intelligence LG yang mampu memahami persekitaran, berinteraksi secara intuitif dan menambah baik respon melalui pembelajaran berasaskan interaksi berulang.

    LG turut menegaskan robotik sebagai enjin pertumbuhan masa depan syarikat termasuk penubuhan HS Robotics Lab dan kerjasama strategik dengan rakan industri global. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...