More

    LG Malaysia lancar fon telinga wayarles LG TONE, dilengkapi “casing” dengan teknologi pensterilan berharga RM799

    LG Electronics Malaysia telah melancarkan fon telinga wayarles pertama daripada syarikat itu iaitu LG TONE. Antara ciri unik yang terdapat pada produk ini adalah pada perumahnya (casing) yang dilengkapi penyinar cahaya ultraungu (UV) LED untuk mensterilkan dan membersihkan fon telinga tersebut.

    Fon telinga ini dilengkapi pembatalan hingar aktif (active noise cancellation) dan teknologi Headphone Spatial Processing (HSP) oleh Meridian Audio untuk menghasilkan mutu bunyi mirip pembesar suara ke dalam telinga pengguna.

    Selain pendengaran muzik, LG TONE juga boleh digunakan untuk menjawap panggilan. Ia dilengkapi dwi-mikrofon dengan teknologi Echo Cancellation dan Noise Reduction untuk memisahkan bunyi bising daripada suara pengguna.

    LG TONE mula dijual pada hari ini dengan harga RM799. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fon telinga ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...