More

    LG Malaysia lancarkan TV NanoCell 8K 65″, dijual pada harga promosi sempena Hari Kemerdekaan bermula RM15,999

    LG Malaysia hari ini melancarkan televisyen NanoCell 8K 65 inci yang dijual pada harga RM21,999. Sempena bulan kemerdekaan, LG menganjurkan promosi istimewa buat produk baru ini di mana ia akan dijual pada harga RM15,999 sahaja.

    Televisyen ini dilengkapi dengan pemproses α9 Gen3 AI 8K yang mampu menjana imej yang lebih jelas dan cantik dalam resolusi 8K. Walaupun jika imej biasa dinaikkan kepada resolusi 8K, butiran imej tersebut tidak akan pudar dan akan dilaraskan oleh Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI) untuk mutu imej yang lebih menawan.

    Daripada segi warna, LG NanoCell 8K menggunakan skrin IPS yang membenarkan televisyen itu untuk mempunyai sudut tontonan yang lebih luas dan kepekatan warna yang lebih tinggi. Dengan proses pengilangan yang menggunakan nanoteknologi, televisyen ini mempunyai 33 juta piksel yang memberi imej warna hitam yang lebih gelap manakala warna hijau dan merah pula adalah lebih terang.

    LG NanoCell 8K turut dilengkapi pelbagai fungsi menarik seperti Face Enhancing, AI Brightness Control, AI Sound Pro dan Adaptive Sound Control. Face Enhancing dan AI Brightness Control membolehkan skrin televisyen untuk menjana gambar yang lebih cantik dan natural, manakala AI Sound Pro dan Adaptive Sound Control akan melaraskan sumber audio bagi memberi pengalaman bunyi yang lebih baik.

    Daripada segi perisian, TV ini menggunakan ThinQ AI iaitu sistem TV pintar yang dibina oleh LG. Untuk mengawal tetapan seperti kelantangan suara, saluran dan lain-lain, pengguna boleh mengawalnya dengan bersuara sahaja (voice control). Di samping itu, alat kawalan jauh Magic Remote juga boleh digunakan seperti tetikus komputer untuk mengawal televisyen ini, membuatkannya ia boleh diguna seperti telefon pintar.

    Pada waktu artikel ini ditulis, televisyen ini hanya boleh dibeli di kedai-kedai rasmi LG dan pengedar-pengedar sah serta dijual pada saiz 65 inci sahaja. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan televisyen ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...