More

    LG Malaysia lancarkan TV OLED evo G3, OLED evo C3 dan OLED A3, saiz bermula dari 55″ berharga RM8,999

    Pada hari ini, LG Malaysia melancarkan televisyen terbaharu dalam siri televisyen OLED mereka iaitu LG OLED evo G3, LG OLED evo C3 dan LG OLED A3. Televisyen ini dilengkapi pelbagai fungsi baharu seperti α9 AI Processor G6, HDR Expression Enhancer, AI Clear Sound, Auto Balance Control dan WOW Synergy.

    Pemproses α9 AI Processor 4K G6 menggunakan teknologi Deep Learning yang dikuasakan oleh AI untuk menghasilkan imej yang lebih hidup dan jelas. Model evo G3 pula mempunyai teknologi Brightness Booster Max yang boleh mengawal kecerahan skrin dengan lebih terkawal dan meningkatkannya sebanyak 70 peratus berbanding model sebelum ini.

    Semua televisyen OLED LG menyokong teknologi Dolby Vision dan Dolby Atmos untuk penjanaan imej yang lebih sinematik. Ia juga boleh digabungkan dengan soundbar LG untuk menghasilkan audio persekitaran (surround sound) WOW Orchestra dengan kualiti IMAX dan DTS:X.

    Televisyen pintar ini dilengkapi sistem operasi webOS yang menawarkan fungsi Quick Cards untuk memudahkan akses kepada perkhidmatan yang sering digunakan. Pelbagai fungsi dalamnya dikumpulkan dalam kategori seperti Gaming, Music, Sports dan sebagainya.

    Sewaktu bermain game pula, televisyen ini menawarkan masa tindak balas 0.1 milisaat untuk permainan pantas serta NVIDIA G-Sync dan AMD FreeSync Premium untuk kualiti grafik yang lebih sekata dan tidak koyak. Terdapat juga sokongan untuk HDMI 2.1 dan variable refresh rate (VRR).

    Berikut adalah senarai harga untuk siri televisyen OLED LG:

    • LG OLED A3 55″: RM8,999
    • LG OLED A3 65″: RM11,999
    • LG OLED evo C3 55″: RM10,999
    • LG OLED evo C3 65″: RM14,999
    • LG OLED evo C3 77″: RM29,999
    • LG OLED evo C3 83″: RM35,999
    • LG OLED evo G3 65″: RM17,999
    • LG OLED evo G3 77″: RM32,999

    Sempena pelancaran produk-produk baharu ini serta menyambut ulangtahun LG sebagai jenama televisyen OLED nombor satu dunia untuk 10 tahun berturut-turut, para pelanggan boleh melawat jerayawara LG’s Perfect 10th, Perfect Black Roadshow di pusat membeli-belah Mid Valley Megamall pada hari ini sehingga Ahad, 16 Julai 2023. Anda boleh menikmati pelbagai promosi dan hadiah seperti televisyen LG 65″ dan kredit Touch ‘n Go eWallet sehingga RM1,700.

    Layari laman web LG Malaysia atau Facebook LG Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai produk ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...