More

    LG Q63/Q83 mungkin hadir dengan bonggol kamera berbentuk segi tiga

    Beberapa bulan yang lepas, LG telah membuat permohonan untuk menggunakan nama baru buat 13 peranti kelas pertengahn mereka dalam siri Q. Antara nama yang dipohon adalah LG Q32, Q52, Q62 termasuklah Q63 dan Q83.

    Terbaru, imej janaan komputer (CAD) untuk telefon LG Q63 atau Q83 telah muncul di dalam talian. Ianya dlihat hadir dengan reka bentuk yang unik, berbeza dengan siri Q waktu kini.

    Telefon ini menggunakan reka bentuk segi tiga untuk bonggol kameranya dengan satu lensa besar di bucu dan dua modul yang lebih kecil di sisinya. Selain dari lampu LED, terdapat juga sebuah sensor yang masih lagi kekal sebagai sebuah misteri.

    Telefon ini mungkin dilengkapi dengan skrin 6.5 inci dengan takuk titisan air untuk kamera swafotonya. Ia juga dilihat bakal meletakkan sensor cap jari di bahagian sisi.

    Pada bahagian bawah pula, terdapat port USB-C, bicu audio 3.5mm dan pembesar suara. Telefon ini mempunyai ukuran 164.5 x 76.3 x 7.8mm.

    Peranti ini mungkin akan memasuki pasaran pada tahun hadapan. Adakah anda sudah bosan dengan reka bentuk petak seperti kebanyakan telefon pintar lain? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi utama.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured