More

    LG umumkan EXAONE 3.0, model AI sumber terbuka pertama Korea Selatan!

    LG AI Research telah mengumumkan pelancaran model AI sumber terbuka pertama Korea Selatan EXAONE 3.0. Pada masa ini, ia hanya menyokong dua bahasa iaitu Inggeris dan Korea. EXAONE 3.0 ialah model sumber terbuka yang dilaporkan berdasarkan seni bina Transformer Dekoder sahaja. Ia mempunyai 7.8B parameter dan 8T data latihan (token).

    Mengikut ujian syarikat, kebolehan bahasa Inggeris model itu telah mencapai “peringkat tertinggi dunia”. Skor purata kes penggunaan sebenar dilaporkan berada di kedudukan pertama mengatasi beberapa model seperti Llama 3.0 dan menduduki tempat pertama dalam skor purata keupayaan penaakulan yang kuat.

    Model itu didakwa mengurangkan masa inferens sebanyak 56%, penggunaan memori sebanyak 35% dan kos operasi sebanyak 72% berbanding model generasi sebelumnya. Model terbaru itu dilaporkan telah dilatih mengenal 60 juta kes data profesional yang berkaitan dengan paten, kod, matematik dan kimia.

    Syarikat itu merancang untuk mengembangkan data latihan kepada 100 juta kes dalam pelbagai bidang menjelang akhir tahun ini. LG AI Research menumpukan pada menyelidik teknologi pengoptimuman dan menjadikan model AI ringan di mana mereka berjaya untuk mengurangkan saiz model sebanyak 97% sambil meningkatkan prestasi berbanding EXAONE 1.0.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: LG

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured