More

    LGD Gaming muncul juara Honor of Kings Invitational Musim 2, bawa pulang RM470k

    LGD Gaming Malaysia dinobatkan sebagai juara kejohanan Honor of Kings Invitational Musim 2 selepas menewaskan Team Secret pada peringkat akhir kejohanan. LGD Gaming Malaysia membawa wang tunai berjumlah USD$100,000 (RM469,900) dan akan mara ke kejohanan Honor of Kings Invitational Midseason di Esports World Cup dari 1 hingga 4 Ogos.

    Honor of Kings Invitational Midseason | Esports World Cup pula akan menawarkan hadiah wang tunai bernilai USD$3 juta. Terdapat dua slot kelayakan iaitu satu untuk negara tuan rumah, Arab Saudi yang dimenangi oleh Team Falcons yang mara melalui EWC Saudi Qualifier dan satu untuk Weibo Gaming Malaysia yang mara dari EWC Last Chance Qualifier.

    Honor of Kings Invitational Musim 2 adalah kejohanan terbaru dalam kejohanan Honor of Kings Global Invitational Series dengan komitmen sebanyak US$15 juta untuk mengembangkan ekosistem esukan antarabangsa Honor of Kings.

    Kejohanan Honor of Kings Open Series juga telah dilancarkan sebagai litar ‘true path-to-pro’ di mana pemain boleh mempamerkan kemahiran mereka untuk merebut peluang mencabar pasukan terbaik dunia. Pendaftaran untuk kejohanan Honor of Kings Open Series Split 2 akan bermula dari 8 Julai hingga 19 Julai dengan peringkat akhir serantau ditetapkan pada bulan September.

    Honor of Kings juga akan melancarkan kejohanan Honor of Kings Asia Tenggara untuk pasukan dari rantau ini sebagai sebahagian daripada komitmen jangka masa panjang untuk mengembangkan ekosistem esports. Maklumat lanjut mengenai kejohanan Honor of Kings Asia Tenggara akan diumumkan nanti.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured