More

    Lihatlah rekaan bocor headphone wayarles Sony WH-1000XM4 ‘Made in Malaysia’ ini

    Jika anda seorang penggiat teknologi yang mementingkan audio, pasti anda tahu tentang headphone wayarles Sony XM3. Terkini, pelopor seterusnya selepas XM3, Sony WH-1000XM4 kini berada di Brazil Anatel (sebuah Agensi Telekomunikasi Brazil). Nampaknya, selain telefon pintar, mungkin headphone ini bakal masuk dalam senarai kemahuan anda pada tahun 2020 ini!

    Apa yang lebih membanggakan, ianya dikilangkan di Malaysia. Jelas tertera pada pelekat di headphone tersebut adalah beberapa nombor siri dan tanda ‘Made in Malaysia’. Kami masih tiada maklumat rasmi berkenaan pelancaran headphone ini di Malaysia.

    Apa pun, Sony XM3 yang terdahulu masih lagi hangat di pasaran dengan teknologi pembatalan hingarnya. Reka bentuknya juga memberi keselesaan! Melihat kepada bakal Sony XM4, ia juga kelihatan seperti akan memberi keselesaan kepada pengguna.

    Adakah anda berminat dengan alat teknologi ini? Luahkan pendapat anda di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: @MishaalRahman

     
    10 top hit harian

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...