More

    Lim Guan Eng tidak berhasrat untuk melanjutkan tempoh dua bulan pendaftaran e-Tunai Rakyat

    Kementerian Kewangan tidak berhasrat untuk melanjutkan tempoh dua bulan pendaftaran e-Tunai Rakyat yang akan tamat pada 9 Mac depan.

    Menterinya, Lim Guan Eng bagaimanapun berkata pihaknya akan melihat dahulu sambutan terhadap program itu, yang sehingga kini begitu menggalakkan.

    “Buat masa ini kita tidak ada cadangan untuk lanjutkan kerana kita bagi tempoh dua bulan, tetapi kita tunggu dan lihat kerana bila kita lihat (ada) sambutan yang baik.

    “Yang penting ialah kita hendak tarik seberapa ramai yang boleh untuk beli atau jual atas talian dan kita kira kalau boleh sampai 15 juta,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Inisiatif e-Tunai Rakyat di pusat beli belah Aeon Kinta City di Ipoh pada Ahad.

    Sudahkah anda tebus e-tunai rakyat pada aplikasi telefon anda? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita dunia digital terkini.

    Sumber: Astro Awani

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...