More

    K-KOMM: Liputan 4G di Sarawak kini lebih 82 peratus

    Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata liputan rangkaian 4G dalam kawasan berpenduduk di Sarawak kini telah mencapai 82.84 peratus pada suku kedua tahun ini. Beliau berkata demikian sewaktu menghadiri Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-14 semalam.

    Liputan ini adalah lebih tinggi daripada 73.67 peratus sejak Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 mula dilaksanakan pada 2020. Beliau berkata 91 tapak menara baharu telah dibina di negeri tersebut, manakala 3,082 stesen pemancar telah dinaik taraf, 523 jalur lebar satelit telah disiapkan dan 79,766 premis kini tersedia dengan gentian optik.

    Dalam pada itu, kerajaan akan terus menambahbaik liputan ke seluruh negara termasuklah di kawasan luar bandar dan pedalaman, menerusi Pelan JENDELA Fasa 2 (2023-2025).

    Inisiatif ini adalah hasil daripada gabungan antara kerajaan melalui Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) dan pelaburan komersial oleh pihak swasta, melebihi jumlah keseluruhan RM4 bilion di Sarawak. Setakat ini RM2.12 bilion telah siap dilaksanakan, manakala baki RM1.9 bilion masih dalam peringkat pelaksanaan.

    Kerajaan akan turut membina infrastruktur jalur lebar dengan kaedah Point of Presence (PoP), di mana Sarawak mempunyai 741 lokasi PoP. Ini termasuklah lima kawasan berhampiran sekolah luar bandar di Parlimen Serian dan satu di Parlimen Betong untuk Fasa 1, serta 31 di Parlimen Serian dan 20 di Parlimen Beting untuk Fasa 2.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured