More

    Logitech G Yeti GX dan Yeti Orb dilancar di Malaysia: Mikrofon khas untuk “streamer” bermula RM269

    Logitech Malaysia telah melancarkan dua mikrofon yang dikhaskan untuk penyiar langsung (streamer) dalam internet iaitu Logitech G Yet GX dan Logitech G Yeti Orb. Selain dilengkapi fungsi rakaman suara yang jelas, ia turut mempunyai rekaan cahaya RGB yang menyokong teknologi LIGHTSYNC RGB untuk menghasilkan corak cahaya yang menarik.

    Kedua-dua mikrofon dilengkapi teknologi Blue VO!ICE untuk menguruskan tekanan bunyi maksimum, merendahkan herotan (distorion) supaya bunyi suara dapat dikawal, dan menghasilkan efek khas menerusi aplikasi G HUB.

    Logitech G Yeti GX

    Logitech G Yeti GX adalah mikrofon premium yang mempunyai rekaan seperti mikrofon yang digunakan dalam studio penyiaran profesional, serta dilengkapi teknologi kapsul dinamik untuk prestasi audio yang tinggi. Ia merekod audio dalam corak supercardiod untuk mengutamakan suara pengguna, sambil membuang bunyi persekitaran seperti bunyi tetikus dan papan kekunci.

    Mikrofon ini turut dilengkapi roda tatal (scroll wheel) seperti dalam tetikus Logitech G Gaming Mice untuk memudahkan pelarasan. Ia mempunyai fungsi Smart Audio Lock yang boleh memberi tetapan audio ideal secara automatik dengan hanya menekan roda tersebut.

    Pengguna juga boleh membuat efek khas atau penapis (filter) untuk suara mereka dengan Logitech G Blue VO!CE. Mikrofon ini boleh dihubungkan kepada komputer dengan kabel USB.

    Logitech Yeti Orb

    Sementara itu, Logitech Yeti Orb adalah mikrofon yang ditujukan kepada mereka yang baru ingin berjinak-jinak dengan aktiviti streaming. Ia menampilkan rekaan kapsul padat (condenser capsule) dan menampilkan beberapa hiasan cahaya RGB.

    Logitech G Yeti GX akan dijual di Malaysia pada harga RM659, manakala Logitech G Yeti Orb akan dijual pada harga RM269. Ia boleh didapati dalam laman rasmi Logitech G di Lazada dan Shopee.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured