More

    Logitech Malaysia lancarkan MX Keys Mini, aksesori Studio Series baharu bermula RM99

    Pada hari ini, Logitech Malaysia telah melancarkan papan kekunci wayarles Logitech MX Keys Mini yang menampilkan rekaan kecil dan minimalis serta pencahayaan latar (backlit) untuk setiap kekunci. Baterinya boleh bertahan sehingga 10 hari atau sehingga lima bulan jika pencahayaannya dipadamkan, dan ia boleh dicas menggunakan USB-C.

    Ia boleh dihubungkan kepada tiga peranti serentak menggunakan Bluetooth Low Energy dan tidak memerlukan sebarang port USB. Papan kekunci ini turut mempunyai fungsi Fn Keys yang membenarkan pengguna untuk menaipkan teks daripada percakapan (talk-to-text), menaipkan emoji serta fungsi untuk mematikan mikrofon.

    Selain itu, Logitech Malaysia turut melancarkan produk baru dalam siri Logitech Studio Series iaitu papan kekunci POP Keys, tetikus wayarles POP Mouse dan kain lapik meja Logitech Desk Mat. Semua produk dalam siri ini mempunyai pilihan warna yang terang untuk disesuaikan bersama ruang komputer anda.

    Logitech POP Keys adalah papan kekunci mekanikal wayarles dengan gaya mesin taip dan reka bentuk yang minimalis. Ia boleh dihubungkan kepada tiga peranti serentak manakala baterinya boleh bertahan sehingga tiga tahun. Logitech juga mengatakan kekuncinya boleh digunakan sehingga 50 juta taipan.

    Logitech POP Mouse pula menampilkan rekaan kecil dan mempunyai warna menarik yang boleh dipadankan dengan POP Keys. Logitech mengatakan tetikus ini boleh berfungsi dengan tepat di atas mana-mana jenis permukaan dan mempunyai hayat bateri yang boleh bertahan selama dua tahun.

    Logitech Desk Mat pula berukuran 30x70cm dan menyediakan permukaan yang lancar untuk penggunaan tetikus. Kainnya dieprbuat daripada poliester yang dikitar semula, mempunyai permukaan kalis air serta gentian yang tahan kedut atau kecut. Ia turut mempunyai tapak getah bagi mengelakkannya daripada tergelincir.

    Berikut adalah harga untuk produk-produk di atas:

    • Logitech MX Keys Mini: RM489
    • Logitech POP Keys: RM489
    • Logitech POP Mouse: RM159
    • Logtech Desk Mat: RM99

    Produk-produk ini boleh dibeli dari Shopee, Lazada atau peruncit sah. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured