More

    FLYsiswa akan ditawarkan setiap tahun, 52,030 pelajar layak untuk tahun ini

    Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, telah mengumumkan bahawa inisiatif FLYsiswa akan dijadikan program tahunan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT). FLYsiswa adalah inisiatif yang menyediakan tiket penerbangan bersubsidi kepada pelajar universiti awam untuk perjalanan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

    Bercakap di Parlimen, Loke turut menambah bahawa dalam Bajet 2025, subsidi tiket penerbangan termasuk inisiatif FLYsiswa serta subsidi tiket musim perayaan, akan melibatkan peruntukan sebanyak RM48 juta.

    Menurut beliau, subsidi ini akan diberikan melalui kaedah credit shell (tiket terbuka) di mana syarikat penerbangan tempatan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 untuk setiap pelajar yang layak. Baucar ini boleh ditebus untuk membeli tiket penerbangan bagi laluan yang telah disebutkan di atas.

    Loke dipetik oleh Bernama sebagai berkata bahawa seramai 52,030 pelajar dijangka layak menerima subsidi tersebut pada tahun ini. Daripada jumlah itu, sebanyak 22,226 pelajar (atau 42.7 peratus) adalah dari Sabah manakala 19,171 pelajar (36.8 peratus) berasal dari Sarawak.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured