More

    Lorong Smart Lane akan diaktifkan untuk kurangkan kesesakan jalan raya sewaktu Hari Raya

    Bagi mengurangkan kesesakan jalan raya yang akan meningkat di lebuh raya seluruh negara sewaktu musim perayaan ini, Kementerian Kerja Raya (KKR) dan syarikat konsesi lebuh raya Plus Malaysia Bhd (PLUS) akan mengaktifkan lorong Smart Lane. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

    Untuk yang tidak mengetahuinya, Smart Lane adalah kemudahan yang diaktifkan pada waktu-waktu tertentu bagi mengurangkan kesesakan lebuh raya dan melancarkan aliran trafik. Ia menambah lorong lebuh raya yang boleh diguna oleh semua pengguna dengan membenarkan penggunaan lorong kecemasan di lokasi-lokasi tertentu.

    Sewaktu musim perayaan ini, laluan Smart Lane dalam Lebuhraya Utara-Selatan di 18 lokasi strategik akan ditambah baik dengan menambah papan-papan tanda pemberitahuan serta peringatan. Ini termasuklah papan tanda elektronik serta lampu hijau berkelip di atas papan tanda untuk memaklumkan tentang pengaktifan Smart Lane.

    TechNave berharap para pembaca akan memandu dengan berhemah sewaktu pulang ke kampung sewaktu musim perayaan ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured