More

    Lotus Cars Malaysia umum harga baharu untuk model Eletre dan Emira bermula RM698,000

    Lotus Cars Malaysia, pemegang francais tunggal untuk kenderaan Lotus di Malaysia telah mengemaskini harga model-model elektrik Eletre Hyper-SUV dan kereta sports premium Emira atas sebab sebab turun naik pertukaran ringgit terhadap matawang asing utama dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

    Harga bagi varian pertengahan Eletre S kini adalah RM698,000 (naik daripada RM648,000), sementara varian tertinggi Eletre R kini berharga RM838,000 (naik daripada RM798,000). Harga-harga ini ditetapkan untuk Semenanjung Malaysia dan Langkawi manakala harga varian asas Eletre akan diumumkan pada masa akan datang.

    Untuk rangkaian model Emira, harga asal Emira i4 First Edition adalah RM1,095,000 di Semenanjung Malaysia dan RM509,000 di Langkawi sejak 1 September 2023. Unit-unit terhad dengan harga pengenalan RM998,800 masih tersedia.

    Sementara itu, Emira V6 First Edition kini dijual pada harga RM1,289,000 di Semenanjung Malaysia dan RM529,000 di Langkawi manakala versi automatik berharga RM1,309,000 di Semenanjung Malaysia dan RM539,000 di Langkawi. Semua harga Emira tidak termasuk insurans dan tertakluk kepada cukai Semenanjung Malaysia atau bebas cukai di Langkawi.

    Eletre adalah SUV elektrik dengan kuasa tinggi menawarkan pengendalian luar biasa, stereng yang sangat responsif dan pengalaman pemanduan yang hebat. Eletre hadir dalam tiga varian iaitu Eletre, Eletre S dan Eletre R.

    Sementara itu, Emira adalah sebuah kereta sports premium dengan enjin tengah yang menonjolkan ciri-ciri terbaik Lotus. Emira i4 dikuasakan oleh enjin 2.0 liter turbo yang menghasilkan kuasa 360bhp, sementara Emira V6 menggunakan enjin petrol 3.5 liter yang menjana 400bhp atau 430Nm, bergantung kepada versi transmisi.

    Lotus menawarkan jaminan pengilang selama lima tahun / 150,000km untuk Eletre dan Emira. Bateri Eletre pula mempunyai jaminan selama lapan tahun / 200,000km. Pelanggan yang berminat boleh mengunjungi bilik pameran Lotus Store di Pavilion Kuala Lumpur hingga 30 September 2023 untuk melihat secara dekat kedua-dua model ini dan mendapatkan bantuan daripada Lotus Experts.

    Mulai 1 Oktober 2023, bilik pameran Lotus Store akan beroperasi di Bukit Jelutong, Shah Alam dengan akses kepada konfigurator dan pameran model Eletre dan Emira. Maklumat lanjut mengenai Lotus, anda boleh layari laman web rasmi Lotus atau ikuti saluran Malaysia Facebook, Instagram dan YouTube Lotus Cars.

    "
    "

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...