More

    Lotus Emeya pecah rekod pengecasan 443 kW, 10–80% bawah 14 minit

    Lotus mencipta rekod baharu dalam dunia kereta elektrik apabila model Lotus Emeya mencapai kuasa pengecasan puncak 443 kW dalam ujian rasmi yang dijalankan Lotus Al Ghanim di Kuwait. Menggunakan pengecas DC ultra-pantas 450 kW milik Lotus, Emeya berjaya meningkatkan cas bateri daripada 10 peratus ke 80 peratus dalam hanya 13 minit 35 saat.

    Ujian dilakukan dalam cuaca panas ekstrem yang membuktikan ketahanan sistem pengecasan dan pengurusan termalnya. Teknologi pengecasan ultra-pantas ini disokong oleh sistem 800V yang menjadi asas utama prestasi Emeya. Reka bentuk bateri menggunakan struktur cell-to-pack generasi baharu yang membolehkan kira-kira 20 peratus lebih banyak sel dimuatkan berbanding model sebelumnya.

    Ia memberikan kapasiti lebih besar dan membolehkan pengecasan pantas tanpa menjejaskan keselamatan atau prestasi jangka panjang. Sistem penyejukan khusus turut dibangunkan untuk memastikan bateri kekal stabil walaupun menerima kuasa pengecasan yang sangat tinggi. Emeya mampu menambah sehingga 310 km jarak pemanduan (WLTC) dalam hanya 10 minit pengecasan.

    Untuk model tahun 2026, ia menawarkan jarak WLTP sehingga 610 km dengan penggunaan tenaga sekitar 18.7 kWh bagi setiap 100 km dan merupakan antara EV paling efisien dalam kelasnya. Lotus turut memperkenalkan ekosistem pengecasan lengkap melalui aplikasi Lotus Cars dan sistem HyperOS di dalam kenderaan.

    Pada masa yang sama, Lotus mula melancarkan rangkaian pengecas ultra-pantas 450 kW di Eropah, bermula di Jerman dan akan diperluas ke negara lain. Jika teknologi pengecasan pantas ini tiba di Malaysia, kami yakin ramai beralih kepada EV kerana pengecasan yang singkat.

    Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Lotus

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...