More

    LRT3 dijangka mula operasi menjelang penghujung bulan ini

    Selepas beberapa kali mengalami perubahan jadual operasi sebelum ini, projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) kini dilihat semakin hampir untuk menerima penumpang apabila kerajaan menjangkakan perkhidmatan itu mula dibuka kepada orang awam menjelang penghujung bulan ini.

    Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan projek tersebut telah melepasi fasa percubaan operasi dan semua persediaan utama kini berada pada tahap memuaskan untuk memulakan operasi rasmi. Menurut beliau, tarikh pembukaan sebenar akan diumumkan dalam tempoh kira-kira dua minggu lagi.

    LRT3 merupakan laluan sepanjang 37.8 kilometer yang menghubungkan kawasan Bandar Utama hingga Johan Setia, dengan keseluruhan 25 stesen di sepanjang laluan. Projek ini dijangka memberi manfaat kepada lebih dua juta penduduk khususnya di koridor barat Lembah Klang termasuk kawasan sekitar Shah Alam dan Klang.

    Laluan ini sebelum ini beberapa kali ditangguhkan bagi memberi ruang kepada proses pengujian, pentauliahan sistem dan memastikan operasi dapat dijalankan dengan tahap kebolehpercayaan yang diperlukan sebelum dibuka kepada pengguna.

    Sekiranya tiada perubahan saat akhir, LRT3 bakal menjadi antara penambahan terbesar dalam rangkaian pengangkutan awam Lembah Klang tahun ini dan dijangka membantu meningkatkan akses perjalanan antara Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Utusan Malaysia

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured