More

    Lucid Air Grand Touring cipta rekod dunia Guinness – Capai jarak 1,205km untuk sekali cas

    Lucid Motors mencipta sejarah apabila kereta elektriknya, Lucid Air Grand Touring, dianugerahkan Rekod Dunia Guinness bagi jarak pemanduan paling jauh dengan satu pengecasan penuh. Kereta elektrik ini berjaya merentasi 1,205 kilometer dari St. Moritz, Switzerland ke Munich, Jerman tanpa perlu dicas semula dengan menggunakan bateri berkapasiti 112 kWh.

    Lucid berkongsi pencapaian ini melalui saluran media sosial rasmi mereka sebagai bukti kecekapan dan kebolehan teknologi EV yang ditawarkan. Walaupun rekod ini sememangnya mengagumkan, terdapat beberapa maklumat penting yang tidak didedahkan oleh Lucid khususnya kelajuan purata sepanjang pemanduan.

    Ini penting kerana kelajuan mempengaruhi penggunaan tenaga secara drastik. Rekod ini turut melibatkan laluan mendaki di kawasan pergunungan Alps serta sebahagian perjalanan di lebuh raya Autobahn Jerman yang terkenal tanpa had kelajuan. Namun, tiada perincian sama ada kereta dipandu laju atau dengan gaya pemanduan menjimatkan tenaga.

    Walaupun dianggap sebagai aksi promosi, pencapaian ini masih membuktikan bahawa Lucid Air merupakan antara kenderaan elektrik paling efisien di dunia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: X Lucid Motors

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...