More

    Luno perkenal koin digital baharu dengan Algorand dan NEAR

    Luno yang merupakan satu-satunya bursa aset digital yang dikawal selia di Malaysia, kini menambah dua lagi koin ke dalam senarai aset digitalnya dengan Algorand (ALGO) dan NEAR Protocol (NEAR). Kedua-dua koin ini adalah antara kumpulan pertama yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) tahun ini.

    Dengan penambahan ini, jumlah keseluruhan aset digital yang ditawarkan oleh Luno kini meningkat kepada 20 koin. Ia memberi peluang kepada pelabur tempatan untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan dalam persekitaran yang lebih selamat dan dikawal selia.

    Algorand (ALGO) ialah rantaian blok mesra alam dengan transaksi pantas dan kos rendah. Ia menyokong pembangunan aplikasi terdesentralisasi (dApp) yang berskala dan selamat. NEAR Protocol (NEAR) pula ialah rantaian blok pantas dengan kos transaksi rendah dan pemprosesan tinggi serta mesra pembangun.

    Menurut Scarlett Chai, Pengurus Negara Luno Malaysia, Luno berjaya mendapatkan kelulusan tujuh aset digital pada tahun 2024 dan menyasarkan untuk menggandakan pencapaian tersebut tahun ini, bermula dengan Algorand (ALGO) dan NEAR Protocol (NEAR). Sebagai tambahan, Luno turut memperluas fungsi Stake untuk menyokong NEAR menjelang akhir April.

    Pelanggan yang menggunakan fungsi Stake NEAR boleh dapat pulangan sehingga 7% setahun dan pulangan itu akan dikreditkan ke akaun mereka setiap hari. Luno kini menawarkan fungsi Stake untuk Ethereum, Solana, Cardano, Polkadot dan tidak lama lagi, NEAR.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk melabur dalam Luno dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured