More

    Macam Pak Guard, ‘kamera CCTV’ ini boleh terbang sendiri ronda rumah anda

    Ring ialah syarikat dari Amazon yang terkenal dengan penghasilan produk-produk dengan sistem keselamatan, termasuklah sistem keselamatan pintar. Terkini, Ring telah mengeluarkan Always Home Cam; sebuah dron kecil yang boleh terbang meronda seperti kamera CCTV di kawasan rumah anda.

    Bunyinya seperti pengawal keselamatan membuat rondaan di rumah anda dan mungkin inilah konsepnya yang sebenar. Ia bukanlah CCTV seperti yang anda bayangkan kerana dron kecil ini dihubungkan dengan ekosistem Ring. Ia akan membuat rondaan hanya sekiranya ada sensor yang mengesan sesuatu. Anda tidak perlu mengawalnya, tetapi anda boleh memeriksa rakaman melalui aplikasi khasnya.

    Sepertinya, anda bukan sahaja boleh memperketat keselamatan di rumah anda, tetapi dron kecil yang bertindak sebagai kamera CCTV ini juga boleh membantu anda untuk memeriksa jika terlupa menutup suis.

    Apa pun, kami masih ketiadaan maklumat mengenai harga rasmi atau maklumat penjualan peranti ini. Apakah pendapat anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...