More

    macOS Monterey dilancar: Universal Control, SharePlay, rekaan baru untuk Safari dan banyak lagi

    Di samping melancarkan iPadOS 15 dan iOS 15 dalam acara Worldwide Developers Conference, Apple turut melancarkan sistem operasi terbaru untuk komputer Mac iaitu macOS Monterey. Antara ciri utama yang diperkenalkan dalam sistem operasi ini adalah Universal Control yang membenarkan komputer Mac untuk dihubungkan dengan peranti Apple yang lain dengan lebih cekap.

    Universal Control membenarkan komputer Mac dan tablet iPad untuk berkongsi sebuah tetikus dan papan kekunci tanpa sebarang pemasangan tambahan. Pengguna juga boleh mengalihkan (drag and drop) fail di antara kedua-dua peranti tersebut dengan mudah.

    macOS Monterey juga akan menyokong fungsi SharePlay, di mana pengguna boleh menonton filem atau mendengar muzik serentak bersama pengguna-pengguna lain melalui panggilan FaceTime.

    Seperti dalam iOS 15 dan iPadOS 15, panggilan FaceTime ini boleh diakses oleh pengguna Android dan Windows. Pengguna hanya perlu berkongsi pautan (link) kepada peserta yang ingin memasuki panggilan tersebut, seperti panggilan Zoom atau Google Meet.

    Video dan muzik juga boleh dimainkan di antara komputer Mac, iPhone dan iPad dengan fungsi AirPlay untuk sambungan mudah.

    Pengguna yang melanggan kepada perkhidmatan simpanan dalam talian (cloud storage) pula akan dinaik taraf kepada iCloud+ di mana mereka akan menerima fungsi privasi yang lebih kukuh serta perkhidmatan virtual private network (VPN) untuk menyembunyikan identiti mereka.

    Apple juga memperkenalkan fungsi Shortcuts yang memudahkan pengguna untuk mengakses perisian yang kerap dibuka. Ia adalah mirip dengan fungsi Shortcuts dalam iPhone.

    Daripada segi pelayar laman web Safari, Apple telah mereka semula antara muka (UI) pelayar tersebut, seperti meletakkan ruangan URL di sebelah tab untuk mengurangkan penggunaan ruang dalam skrin, serta fungsi mengumpulkan beberapa tab dalam satu kelompok tab groups. Fungsi tab groups ini boleh dikongsi di antara komputer Mac, iPad dan iPhone.

    "
    "

    Berikut adalah senarai komputer Mac yang layak menerima kemas kini Monterey:

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured