More

    Main PUBG dan menang realme 6, wang berjumlah RM10,000: Pertandingan bermula 28 April ini

    Rasanya tidak perlu lagi untuk bertanya mengenai minat warganet terhadap game terkenal Playerunknowns’ Battlegrounds (PUBG). realme Malaysia kini menganjurkan pertandingan untuk untuk mencari Juara Pertandingan realme 6!

    Pertandingan ini akan bermula pada 28 April 2020 hingga 30 April 2020. realme 6 akan menghadiahkan realme 6 varian baru (RAM8GB + ROM128GB) yang bakal dilancarkan 28 April ini kepada juara pertandingan ini. Tidak terhenti di situ, jumlah wang tunai yang akan diberi kepada pemenang adalah berjumlah RM10,000! Untuk menyertainya, anda boleh ke pautan ini.

    Senarai hadiah pertandingan:

    • JUARA – RM2500 + telefon pintar realme 6
    • Pemenang Pertama – RM1500
    • Pemenang ke-2 – RM1000
    • Pemenang ke-3 – RM800
    • Tempat ke-5 – RM600
    • Tempat ke-6 – RM550
    • Tempat ke-7 – RM500
    • Tempat ke-8 – RM450
    • Tempat ke-9 – RM400
    • Tempat ke-10 – RM350
    • Tempat ke-11 – RM300
    • Tempat ke-12 – RM250
    • Tempat ke-13 hingga ke-16 – RM200

    Anda boleh menonton pertandingan ini di laman Facebook realme Malaysia dan beberapa rakan penstrim sah realme. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman Facebook realme. Adakah anda bersedia untuk dicabar dan menunjukkan kemahiran anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured