More

    MAJDOMO MODA rasmi di Malaysia dengan 170+ mod sukan dan IP68 berharga RM598

    MAJDOMO membuka langkah pertama memasuki pasaran Malaysia menerusi pelancaran jam pintar utamanya, MODA. MODA direka untuk memenuhi keperluan pengguna tempatan yang menitikberatkan kesihatan, produktiviti dan gaya hidup aktif serta menyasarkan keseimbangan antara fungsi berprestasi tinggi dan harga berpatutan.

    MODA menawarkan pemantauan kadar denyutan jantung 24 jam, pengesanan SpO₂ pintar dan analisis pola tidur. Selain itu, ia turut menampilkan ciri yang jarang ditawarkan dalam segmennya iaitu sistem pengurusan kesihatan wanita 360° yang membolehkan penjejakan kitaran haid dan ovulasi.

    Peranti ini dikuasakan cip ATS3085S4 yang disertakan sokongan pelbagai sistem satelit termasuk GPS, GLONASS, Beidou, Galileo, NAVIC dan QZSS. Bateri pula berkapasiti 360mAh dengan sokongan pengecasan magnetik. Daripada segi ketahanan, MODA mempunyai pensijilan kalis air 5ATM dan IP68, bingkai aloi aluminium yang ringan dan tali silikon.

    Ia turut menawarkan pilihan lebih 170 mod sukan, penjejakan aktiviti 24/7 dan papan pemuka kesihatan yang mesra pengguna. Jam pintar MODA kini dijual di Malaysia pada harga RM598, namun ditawarkan pada harga promosi pelancaran RM299 melalui jualan kilat 50% di TikTok Shop dan Shopee, selagi stok masih ada.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...