More

    Majlis Anugerah TikTok akan diadakan pada 27 Ogos 2023 di TV3

    TikTok Awards yang julung kali dianjurkan di Malaysia pada 27 Ogos 2023 bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur. TV3 bekerjasama dengan TikTok dan akan menyiarkan secara langsung TikTok Awards Malaysia pada 27 Ogos jam 9.00 malam manakala karpet merah pada jam 8.30 malam di TV9. 

    Anugerah ini akan dibahagikan kepada Pilihan Juri (Judge’s Pick) dan Pilihan Popular (People’s Choice). Para calon dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan dan keputusan akan dibuat oleh sebuah panel eksekutif termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof; artis prolifik, Hael Husaini; serta Pengurus Besar Operasi & Pemasaran TikTok, Asia Tenggara, Angga Anugrah Putra.

    Para calon dalam enam kategori (Kecantikan & Fesyen, Pendidikan, Hiburan, Sukan, Permainan, dan Makanan) telah diumumkan di sidang akhbar TikTok Awards yang diadakan sebelum ini. Undian umum bagi tujuh kategori (Creator of the Year, Rising Star of the Year, Popular Creator of the Year, Popular Animation Account of the Year, Celebrity of the Year, Live Creator of the Year and TikTok Shop Creator of the Year) bermula dari 15 Ogos, 10:00 malam hingga 26 Ogos 2023, 11:59 malam dan undian boleh dibuat di sini.

    TikTok juga akan menyampaikan Anugerah Busana Terbaik (Best Dressed Awards) kepada peserta yang mendapat markah tertinggi dari sudut gaya dan originaliti. Peminat para calon boleh menzahirkan sokongan mereka dengan menyaksikan siaran majlis anugerah tersebut secara langsung di TV3 serta akaun TikTok Malaysia di TikTok pada hari Ahad, 27 Ogos 2023. Daftar untuk menonton acara siaran langsung di sini.

    Dalam pada itu, TikTok mempersembahkan TikTok Awards: INSPIRE, sebuah zon eksperiensial untuk diterokai oleh orang awam dari 24 hingga 27 Ogos 2023 di Sunway Pyramid, LG2 Orange Concourse. Orang ramai boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti interaktif, memenangi hadiah dan memetik inspirasi daripada para calon TikTok Awards.

    Bukan itu sahaja, sesi Suai & Sapa (Meet & Greet) dengan warga pencipta pada 26 Ogos 2023 dari 2:30 petang – 4:30 petang. TikTok Awards di Malaysia dianjurkan menerusi kerjasama dengan TV3, bersama HONOR 90 5G (Penaja Utama), foodpanda (Penaja Bersama), F&N Dairies (Rakan Penaja), dan U Mobile (Rakan Penaja). Anda boleh memuat turun aplikasi TikTok untuk mengundi pencipta kandungan pilihan anda melalui Apple Store, Google Play Store dan HUAWEI AppGallery.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured