More

    Maklumat bocor gambar dan spesifikasi POCO X2 dengan harga RM1089

    Di saat penantian POCO X2 bermula, pelbagai khabar angin telah disajikan kepada para penggiat teknologi. Terdahulu, kita sudah sedia tahu tentang tarikh pelancaran POCO X2 India pada 4 Februari ini. Terkini, terdapat maklumat bocor mengenai gambar bayangan, beberapa spesifikasi dan harga POCO X2!

    Gambar bayangan ini memberi sedikit maklumat seperti paparan hadapan dan bahagian belakang peranti. Menurut sumber, reka bentuk kamera selfie skrin berlubang dan kamera utama POCO X2 seperti sama dengan Redmi K30. Perbezaannya cuma pada kedudukan logo. Namun, apa masalahnya jika lebih kurang sama kerana POCO dahulunya sebahagian daripada Xiaomi.

    Poster bayangan POCO X2 ini juga memperlihatkan paparan RealityFlow 6.67 inci + 120Hz bersama kamera quad Sony IMX868 64MP. Apa yang mungkin menarik perhatian peminat, POCO X2 dikuasai cipset 730G dan bateri 4500 mAh. Harga dipaparkan pada poster adalah 18999 Rupees (lebih kurang RM1089) untuk versi RAM 6GB dan storan 64GB. Kami berharap agar POCO X2 mengekalkan atau mengubah suai harganya untuk lebih mampu milik jika ia hadir di Malaysia.

    Adakah anda kecewa atau gembira dengan khabar angin ini? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan berita khabar angin teknologi terkini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Sumber: GIZMOCHINA

     

    Artikel Terkini

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured