More

    Maklumat POCO M6 Plus tertiris, mungkin dilengkapi SD 4 Gen 2, skrin 120Hz

    Selepas POCO M6 dilancar untuk pasaran Malaysia pada bulan Jun lalu, kini terdapat ura-ura pula untuk satu lagi varian iaitu POCO M6 Plus. Ia dijangka akan diperkenalkan dalam pasaran India terlebih dahulu dan kini maklumat mengenai rekaan dan spesifikasinya telah tertiris dalam internet.

    Menurut sumber, POCO M6 Plus akan mempunyai skrin LCD berukuran 6.79 inci dengan kadar segar semula 120Hz. Spesifikasi dalamannya pula terdiri daripada cipset Qualcomm Snapdragon 4 Gen 2, pilihan memori 6GB+128GB dan 8GB+128GB, bateri 5,030mAh dan pengecasan pantas 33W.

    Untuk fotografi, ia mempunyai kamera utama 108MP dan kamera tambahan 2MP, serta kamera hadapan 13MP. Sistem operasinya pula menggunakan Android 14 dengan antara muka HyperOS.

    Rekaan luarannya mempunyai rating kalis air IP53, bicu audio 3.5mm dan pengimbas cap jari di bahagian sisi. Ia akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu ungu, perak dan hitam.

    POCO M6 Plus dikhabarkan akan dijual di India pada harga bermula INR13,999 (~RM790) untuk varian terendah. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 91 Mobiles

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured