More

    Malaysia Airlines tawarkan Wi-Fi tanpa had percuma dalam pesawat bermula November ini

    Malaysia Airlines mengumumkan akan menyediakan perkhidmatan internet wayarles (Wi-Fi) percuma pada semua kelas penerbangan mulai 1 November ini. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Malaysia Airlines hari ini, perkhidmatan internet percuma pada mulanya akan disediakan pada 20 kapal terbang terpilih.

    Akan datang, perkhidmatan itu kemudiannya akan dilancarkan secara beransur-ansur pada pesawat lain. Sebelum ini, Malaysia Airlines hanya menyediakan perkhidmatan Wi-Fi percuma kepada penumpang Business Suite dan Business Class serta ahli Enrich Platinum (termasuk penumpang Kelas Ekonomi) pada 1 Julai.

    Melalui perkhidmatan yang dipertingkatkan ini, semua penumpang tidak perlu lagi membayar untuk perkhidmatan Wi-Fi dan boleh menikmati sambungan internet dalam penerbangan secara percuma hanya dengan menyambung ke rangkaian “MHconnect”.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Malaysia Airlines

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured