More

    Malaysia Airlines tetapkan peraturan baharu penggunaan powerbank dalam pesawat

    Malaysia Airlines telah menetapkan garis panduan khusus bagi penumpang yang ingin membawa powerbank ke dalam pesawat demi memastikan keselamatan dan keselesaan semua pihak. Peraturan ini adalah selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

    Ia bertujuan untuk mengurangkan risiko yang berkaitan dengan bateri litium semasa penerbangan. Penumpang dinasihatkan untuk memeriksa kapasiti power bank mereka sebelum perjalanan dan memastikan ia mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Malaysia Airlines.Berikut adalah peraturan yang perlu dipatuhi:

    1. Kapasiti powerbank:
      • Powerbank dengan kapasiti sehingga 100Wh (sekitar 27,000mAh) dibenarkan dibawa ke dalam kabin tanpa memerlukan kelulusan khas.
      • Bagi powerbank yang mempunyai kapasiti antara 100Wh hingga 160Wh (sekitar 43,000mAh), penumpang perlu mendapatkan kelulusan daripada Malaysia Airlines sebelum membawanya ke dalam pesawat.
      • Powerbank dengan kapasiti melebihi 160Wh tidak dibenarkan dibawa ke dalam pesawat.
    2. Jumlah powerbank:
      • Penumpang dibenarkan membawa maksimum dua (2) unit powerbank yang mematuhi had kapasiti yang ditetapkan.
    3. Penyimpanan powerbank:
      • Semua powerbank mesti disimpan dalam bagasi kabin dan tidak dibenarkan disimpan dalam bagasi yang didaftar masuk (checked baggage).
    4. Penggunaan semasa penerbangan:
      • Penumpang tidak dibenarkan menggunakan atau mengecas peranti menggunakan powerbank semasa pesawat sedang mengisi bahan bakar atau ketika pesawat berada di darat.

    Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Malaysia Airlines atau hubungi pusat khidmat pelanggan mereka. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Malaysia Airlines

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured