More

    Malaysia akan berpindah daripada IPv4 kepada IPv6

    Malaysia dijangka bertukar daripada Internet Protocol Version 4 (IPv4) kepada IPv6 tidak lama lagi. Ini berlaku selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjalankan perbincangan mengenai cadangan langkah ke hadapan untuk 100% penerimaan dan pemindahan lengkap ke IPv6 di Malaysia.

    SKMM berkata pelan pelaksanaan berperingkat ini bertujuan untuk peralihan lengkap dalam tempoh empat tahun dari 2025 hingga 2028. Protokol Internet versi 4 atau IPv4 ialah versi keempat protokol internet yang mempunyai panjang 32 bit. Secara umumnya, versi alamat IP ini telah digunakan sejak pertama kali muncul internet dan mula digunakan secara komersial.

    Oleh itu, IPv4 boleh dikatakan sebagai versi yang paling banyak digunakan oleh kebanyakan orang. Selain itu, IPv4 telah terbukti tidak lagi mencukupi daripada segi kapasiti untuk menampung alamat IP iaitu hampir 4.3 bilion IP sahaja (Ruang IPv4 ialah 2³² atau 4,294,967,296) manakala Internet Protocol versi 6 atau IPv6 dengan kadar 128 bit akan dapat menampung lebih banyak alamat IP.

    Selain itu, SKMM menyatakan peralihan daripada Internet Protocol Version 4 (IPv4) kepada IPv6 adalah mewakili kemajuan internet kerana ia menangani batasan dan kekurangan IPv4 disebabkan peningkatan eksponen dalam peranti yang disambungkan dengan matlamat utama mencapai IPv6.

    Sehubungan itu, SKMM mempelawa maklum balas dan pandangan bertulis daripada industri, pihak yang berminat dan orang ramai mengenai cadangan 100% penerimaan serta pemindahan lengkap ke IPv6 di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: X MCMC

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured