More

    Malaysia anjur Sidang Kemuncak AI ASEAN 2025, fokus nilai dan inovasi serantau

    Malaysia membuka persidangan ASEAN AI Malaysia Summit 2025 (AAIMS25) di MITEC dengan menghimpunkan lebih 1,500 peserta dari seluruh rantau bagi membincangkan pembangunan AI yang mampan dan inklusif. Acara dua hari di bawah Pengerusi ASEAN Malaysia ini dianjurkan Kementerian Digital bersama NAIO dan MyDIGITAL.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan AI perlu dibangunkan berlandaskan nilai Asia Tenggara dan digunakan untuk memacu pertumbuhan inklusif. Beliau merujuk kepada Rangka Kerja AI Nation dalam RMK13 (2026–2030) yang berasaskan lima teras iaitu dasar dan peraturan AI, pembangunan bakat, infrastruktur data, kepercayaan digital serta pelaburan strategik.

    Turut diumumkan ialah ILMU iaitu model bahasa besar buatan tempatan oleh YTL AI Labs dan Universiti Malaya. Dasar Pengkomputeran Awan Nasional (NCCP) untuk menyokong inovasi, kecekapan dan ketahanan ekonomi digital melalui pendekatan “Cloud-First” turut diumumkan. Pengumuman penting di AAIMS25 termasuk:

    • AI Class ASEAN (ASEAN Foundation & Google) — latihan literasi AI kepada 800,000 pemimpin komuniti ASEAN termasuk 400,000 rakyat Malaysia.
    • AMD Developer Cloud — 100,000 jam GPU percuma untuk penyelidik dan pembangun tempatan.
    • MaiStorage AI Edge Solution — AI mampu milik untuk sekolah, PKS dan komuniti.
    • HUAWEI APAC AI Ecosystem Initiative — latih 30,000 bakat AI dan sokong 200 rakan inovasi tempatan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...