More

    Malaysia antara 5 negara Asia Pasifik tertinggi yang terima e-mel mencurigakan pada 2022

    Menurut laporan daripada syarikat keselamatan siber antarabangsa Kaspersky, Malaysia adalah salah satu daripada lima negara Asia Pasifik (APAC) yang menerima paling banyak e-mel hasad (malicious emails) pada tahun ini.

    Daripada jumlah e-mel hasad yang dikesan oleh Kaspersky Mail Antivirus setakat Ogos 2022, Vietnam menerima jumlah tertinggi (3.09 juta), diikuti dengan Malaysia (2.36 juta), Jepun (1.86 juta), Indonesia (1.80 juta) dan Taiwan (1.45 juta).

    Daripada segi antarabangsa pula, rantau APAC menyumbang hampir 24 peratus daripada jumlah e-mel hasad yang dikesan di seluruh dunia pada tahun ini. Kebanyakan e-mel ini mempunyai pelbagai taktik oleh penjenayah siber seperti phishing (memancing data bersasar) untuk menceroboh sebuah organisasi.

    Memandangkan 60 peratus daripada populasi dunia menetap di rantau APAC, Kaspersky berkata ini menjadikan lebih ramai rakyat di rantau ini berpotensi untuk menjadi mangsa sindiket penipuan atau scammer. Mangsa boleh terdedah kepada penipuan melalui aktiviti beli-belah dalam talian atau aktiviti seharian.

    Sindiket penipuan juga menyasarkan APAC kerana tahap penggunaan e-perkhidmatan yang tinggi serta sekatan perjalanan akibat pandemik yang membuatkan rakyat rantau ini lebih kerap membaca e-mel.

    Sungguh pun begitu, Kaspersky turut menyatakan bahawa bilangan e-mel hasad ini menyaksikan penurunan berbanding kemuncaknya pada 2019.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured