More

    Malaysia beli 12.8 juta dos vaksin COVID-19 Pfizer, akan diberi percuma untuk rakyat

    Menurut sumber, Malaysia akan mendapat 12.8 juta dos vaksin COVID-19 setelah menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal Pfizer pada 24 November lalu. Terdahulu, penilaian analisis data interim pertama menunjukkan keberkesanan vaksin dari Pfizer sebanyak 95%.

    Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahawa satu perjanjian telah ditandangani dengan Pfizer agar kerajaan mendapat akses data untuk menilai kualiti, keselamatan dan tahap keberkesanannya. Pfizer juga berjanji untuk menghantat satu juta dos pada suku pertama 2021, 1.7 juta dos pada suku kedua, 5.8 juta dos pada suku ketiga dan 4.3 juta dos pada suku keempat tahun 2021.

    Selain Pfizer, Malaysia turut menandatangan perjanjian dengan syarikat famaseutikal lain COVAX yang turut membekalkan vaksin pada 22 November yang lalu. Ringkasnya, kedua-dua perjanjian ini dapat menjamin akses vaksin COVID-19 meliputi 30 peratus rakyat Malaysia.

    Tambah sumber, Perdana Menteri juga memberi jaminan bahawa pemberian vaksin COVID-19 adalah percuma untuk rakyat Malaysia. Bayaran hanya dikenakan kepada warga asing dalam kadar yang bakal diumum kelak.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Semak berita lepas mengenai COVID-19 di pautan ini.

    Sumber: Utusan Malaysia

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured