More

    Malaysia cipta pengecas wayarles nanoteknologi, boleh cas telefon dalam jarak beberapa meter

    Semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah merasmikan majlis pelancaran Malaysia Energy Transmission Technology (METT). Menurut sumber, pengecas wayarles nanoteknologi (METT) pertama yang dicipta oleh Malaysia akan dikomersialkan menjelang pertengahan tahun 2021.

    Untuk pengetahuan anda, METT ialah pengecas berasaskan kuasa 5V yang mampu mengecas secara berjauhan, dan tanpa wayar dalam jarak beberapa meter untuk peranti mudah alih termasuklah telefon pintar dan tablet.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia, METT dilihat sebagai satu potensi dalam pembangunan sektor ekonomi digital. Selaras dengan aspirasi industri 4.0 Malaysia, pengecas ini adalah inovasi yang berimpak tinggi, mampu mengangkat Malaysia sebagai peneraju untuk amalan teknologi hijau pada masa hadapan.

    Oleh kerana ia bakal memasuk pasaran pada pertengahan tahun 2021, METT bakal dikilangkan di Malaysia. Operasi pembuatannya akan mewujudkan lebih peluang pekerjaan untuk bidang tertentu.

    Komponen penerima dijangka dijual pada harga di antara RM300 dengan RM500 manakala komponen penghantar pada harga RM1,000 hingga RM2,000. Sasaran jualan METT dalam tempoh lima tahun adalah bernilai RM1.9 bilion.

    Dalam acara ini, Khairy Jamaluddin turut memaklumkan mengenai kerajaan Malaysia mungkin akan memuktamadkan atau menentukan pemilihan vaksin COVID-19 pada awal tahun 2021.

    Sepertinya, kita mungkin boleh mengecas telefon pintar tanpa perlu menghubungkannya dengan wayar dan boleh bergerak dalam jarak beberapa meter dari komponennya. Apakah pandangan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA dan MOSTI

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured