More

    Malaysia dipilih menjadi hub Asia Tenggara untuk produk 5G Ericsson

    Syarikat rangkaian dan telekomunikasi multinasional Sweden, Ericsson telah mengumumkan bahawa Malaysia akan menjadi salah satu daripada 11 tapak pembuatan utamanya di seluruh dunia. Tambahan, negara kita akan menjadi hab Asia Tenggara pertamanya yang menghasilkan produk 5G termaju untuk menyokong pelancaran 5G global dan tempatan. 

    Menurut Bernama, Ericsson memuji kepentingan Malaysia kepada syarikat itu dan berkata inisiatif ini akan menyumbang kepada ekonomi tempatan melalui pekerjaan dan pemindahan pengetahuan teknikal kepada tenaga kerja tempatan. Ini termasuk bidang seperti pembuatan, kejuruteraan produk dan ujian peralatan. 

    Presiden Ericsson Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh, David Hägerbro mengatakan bahawa pengeluaran peralatan 5G global Ericsson di Malaysia adalah sebahagian daripada inisiatifnya untuk membawa pengalaman, kepakaran dan pandangan globalnya ke Malaysia. Ini akan menyokong matlamat kerajaan persekutuan untuk menjadi pemimpin digital. 

    Hägerbro berkata peralatan radio 5G yang dihasilkan di Malaysia termasuk radio bersepadu antena Massive MIMO (Input Maksimum, Output Maksimum) Ericsson yang menerajui industri. Peranti tersebut ringan dan cekap tenaga yang dihasilkan di Prai, Pulau Pinang dengan kerjasama pengeluar elektronik Flex yang berpangkalan di Amerika Syarikat. 

    Syarikat itu telah berada di negara kita sejak 1965 dan merupakan peneraju dunia dalam teknologi 5G yang kini menjanakan 147 rangkaian langsung di 63 negara termasuk Malaysia.  Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Catcha Digital catat untung 128 peratus hasil ambil alih syarikat media Malaysia

    Catcha Digital Berhad mencatatkan prestasi kewangan paling kukuh setakat ini apabila merekodkan pertumbuhan keuntungan sebanyak 128% bagi suku pertama tahun kewangan 2026...

    Cristiano Ronaldo kini jadi duta global Dreame Technology

    Dreame Technology mengumumkan kerjasama global bersama legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dalam usaha memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran perkakasan rumah pintar...

    Xiaomi Watch S5, Smart Band 10 Pro dan Buds 6 turut rasmi di Malaysia,...

    Selain siri 17T, Xiaomi turut mengumumkan pelancaran beberapa produk baharu di Malaysia menerusi pengenalan Xiaomi Watch S5 46mm, Xiaomi Smart Band 10...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...