More

    Malaysia haramkan terus import e-sisa, tiada lagi pengecualian mulai hari ini

    Malaysia menguatkuasakan larangan penuh terhadap pengimportan sisa elektronik (e-waste) bermula 4 Februari 2026. Keputusan ini menyaksikan e-sisa dikategorikan di bawah “Larangan Mutlak” dalam Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

    Ia sekali gus membatalkan kuasa budi bicara Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk memberi sebarang pengecualian import seperti sebelum ini. Langkah tegas ini diputuskan oleh Pasukan Petugas Khas yang dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, bagi memastikan penguatkuasaan yang lebih bersepadu melibatkan semua agensi.

    Bagi memperkukuh kawalan di pintu masuk negara, sebuah jawatankuasa khas yang diketuai oleh Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal telah ditubuhkan untuk menyelaraskan operasi penguatkuasaan. Selain isu e-sisa, kerajaan juga sedang menilai keperluan pelaksanaan moratorium selama tiga bulan bagi sektor import sisa plastik.

    Pihak MITI dan jabatan berkaitan telah diarahkan untuk mengkaji impak ekonomi sektor tersebut sebelum hasil kajian dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Larangan ini bertujuan mencegah pencemaran tanah dan air daripada bahan berbahaya e-sisa serta mengurangkan beban sistem kitar semula domestik.

    Selain itu, peralihan dasar ini selari dengan trend global yang mengehadkan pergerakan sisa elektronik merentas sempadan demi melindungi kesihatan awam dan kelestarian alam.Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured