More

    Malaysia lancarkan skuter elektrik Eclimo ES-11, bermatlamat bantu pulih ekonomi negara

    Malaysia telah melancarkan skuter elektrik yang dikuasakan oleh bateri berstruktur nano hasil usaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Menurut Menteri Datuk Seri Dr Adham Baba, pelancaran skuter elektrik Eclimo ES-11 dapat membantu negara untuk menyertai industri kenderaan elektrik (EV) untuk membantu memulihkan ekonomi negara pasca pandemik COVID-19.

    Beliau turut mencadangkan syarikat perkhidmatan penghantaran makanan atau barangan runcit mengunakan kenderaan bateri berstruktur nano yang memberi manfaat kepada alam sekitar. Kenderaan tersebut mempunyai sistem mengecas palam tiga pin dan mampu bergerak hingga 100km dengan kelajuan maksimum 100 kilometer per jam (kmj).

    Ia mengawasi dan menghantar peringatan keadaan bateri serta pengawalan sistem penjejakan dan pemagaran geo menggunakan aplikasi mudah alih. Sel bateri ion litium berasaskan nano yang digunakan boleh di cas 1,000 kali dan menjimatkan hingga tujuh kilogram pelepasan karbon dioksida bagi setiap 100 kilometer perjalanan.

    Ia telah melalui ujian berskala komersial untuk memastikan penggunaan sesuai seperti perkhidmatan penghantaran makanan, barangan runcit, produk perubatan dan farmaseutikal serta bungkusan e-dagang. 58 unit Eclimo ES-11 telah dibangunkan dan 41 daripadanya disewakan melalui model perniagaan sewa di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.

    Mereka turut merancang untuk menyediakan ES-11 sebagai mod pengangkutan dalam bandar melalui proses sewaan seperti aplikasi Beam dan Tryke. Pelancaran skuter elektrik selaras dengan pembentangan Bajet 2022 yang disokong oleh kerajaan dengan mengecualikan duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi semua kenderaan EV. 

    Ia turut memberi pelepasan cukai pendapatan sehingga RM2,500 bagi kos pembelian, pemasangan, penyewaan, kemudahan sewa beli serta bayaran melanggan kemudahan mengecas EV. Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara neutral karbon menjelang 2050.

    Beri pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Astro Awani

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured