More

    Malaysia luluskan Akta Perkongsian Data 2024, mudahkan kerjasama antara agensi kerajaan

    Malaysia hari ini meluluskan Akta Perkongsian Data 2024 yang bertujuan untuk memudahkan perkongsian data antara agensi-agensi Kerajaan Persekutuan. Akta ini penting kerana ia mengatasi halangan sebelum ini dalam proses perkongsian data antara agensi-agensi tersebut serta menetapkan prosedur yang jelas bagi permohonan dan kelulusan data.

    Satu Jawatankuasa Perkongsian Data Negara akan menilai setiap permohonan data berdasarkan kriteria yang ketat termasuk tujuan penggunaan, cara pengendalian dan langkah keselamatan untuk melindungi privasi data. Akta ini juga memastikan data yang dikongsi hanya diberikan kepada agensi yang mempunyai sistem keselamatan siber yang mencukupi.

    Menurut Menteri Digital, Gobind Singh Deo, pelulusan undang-undang ini adalah langkah penting dalam mempercepatkan usaha Malaysia untuk menjadi negara AI seiring dengan matlamat Kerajaan MADANI untuk menggalakkan inovasi digital. Tambahnya, proses ini bukan sahaja mempercepatkan perkongsian data tetapi turut memberi jaminan bahawa data akan dikendalikan dengan selamat.

    Akta ini juga mewujudkan penalti yang ketat terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan dengan denda sehingga RM1 juta atau penjara hingga lima tahun. Pelulusan Akta Perkongsian Data 2024 merupakan langkah ketiga dalam rangka undang-undang yang dibentangkan oleh Kementerian Digital selepas pindaan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan Akta Keselamatan Siber 2024.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured