More

    Malaysia mulakan rundingan tarif dengan AS, sasar pengecualian sepenuhnya

    Malaysia memulakan rundingan rasmi dengan Amerika Syarikat bagi membincangkan semula struktur tarif ke atas eksport negara dengan sasaran utama untuk mendapatkan pengecualian sepenuhnya yang diketuai oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

    Ini adalah susulan cadangan AS untuk mengenakan tarif sehingga 24 peratus terhadap eksport dari beberapa negara termasuk Malaysia. Rundingan ini dilihat sebagai usaha strategik untuk mempertahankan daya saing produk tempatan di pasaran global khususnya dalam sektor elektronik, semikonduktor dan peralatan perubatan.

    Amerika Syarikat mengenal pasti empat isu utama dalam rundingan tersebut seperti ketidakseimbangan perdagangan dengan defisit sekitar AS$25 bilion, halangan bukan tarif yang menyukarkan kemasukan produk AS, isu pemindahan teknologi kepada pihak ketiga dan seruan untuk pelaburan Malaysia dalam sektor strategik ekonomi Amerika.

    Malaysia menyatakan komitmen untuk memastikan akses pasaran yang lebih terbuka dan mengurangkan sebarang halangan teknikal, namun menekankan keperluan rundingan yang saling menguntungkan. Pada masa sama, kerajaan turut mengukuhkan hubungan dagangan dengan negara-negara lain seperti China, Kesatuan Eropah dan rantau ASEAN.

    Walaupun rundingan ini membawa potensi positif, kerajaan menjangkakan pertumbuhan ekonomi mungkin tidak mencapai sasaran tahun ini disebabkan ketidaktentuan global. Rundingan lanjut antara kedua-dua negara dijangka diteruskan dalam suku tahun ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...