More

    Malaysia negara kedua paling ketagih gajet di Asia pada 2024, luang masa 8 jam sehari depan skrin

    Agensi kajian pemasaran antarabangsa Electronics Hub telah menerbitkan senarai untuk negara yang paling banyak menggunakan gajet dalam masa sehari secara purata (average screen time) untuk suku pertama 2024. Senarai tersebut meletakkan Malaysia sebagai negara kelapan tertinggi, di mana rakyatnya secara purata meluangkan masa sebanyak 8 jam 17 minit sehari di hadapan skrin.

    Menurut laporan tersebut, rakyat Malaysia secara purata meluangkan sekitar 48.41% daripada waktu sedar (awake hours) di hadapan skrin telefon pintar, komputer, televisyen dan lain-lain peranti. Ini juga meletakkan Malaysia sebagai negara kedua dalam Asia yang paling banyak meluangkan masa di hadapan skrin, selepas Filipina yang mencatatkan 8 jam 52 minit atau 52.28% daripada waktu sedar.

    Purata waktu penggunaan skrin di pelbagai negara, Malaysia di tangga ke-8
    Rekod tontonan TikTok

    Electronics Hub juga menjejak jumlah tontonan video pendek TikTok dalam semua negara dan mendapati rakyat Malaysia menonton sekitar 121 video TikTok sehari, menjadikannya Malaysia negara ke-10 dalam senarai negara yang paling banyak menonton video dalam platform media sosial tersebut.

    Daripada aspek penggunaan media sosial, orang Malaysia meluangkan masa sebanyak 16.36% daripada waktu sedar untuk melayari pelbagai jenis media sosial.

    Rakyat Malaysia merupakan antara pengguna telefon pintar yang paling aktif, di mana laporan itu mengatakan orang Malaysia meluangkan masa di hadapan telefon sebanyak 4 jam 37 minit atau 26.98% daripada waktu sedar, meletakkan Malaysia sebagai negara kesepuluh dalam kategori penggunaan telefon tertinggi.

    Rekod penggunaan telefon pintar, Malaysia berada di tangga ke-10
    Rekod penggunaan komputer, Malaysia berada di tangga ke-9
    Rekod bermain game, Malaysia berada di tangga ke-14

    Orang Malaysia juga banyak meluangkan masa di hadapan komputer, dengan 3 jam 40 minit sehari atau 21.43% daripada waktu sedar, menjadikan kita negara kesembilan dalam kategori tersebut.

    Satu lagi aktiviti yang dikaitkan dengan penggunaan skrin adalah bermain game, namun rakyat Malaysia mencatatkan masa sekitar 1 jam sahaja sehari untuknya. Negara-negara jiran seperti Thailand, Vietnam, Filipina, Indonesia dan Singapura meluangkan lebih banyak masa untuk bermain game.

    Adakah anda bersetuju dengan hasil daripada laporan ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: Electronics Hub

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured