More

    Malaysia negara pertama terima Taobao dalam bahasa Inggeris

    Malaysia menjadi pasaran pertama yang mempunyai akses kepada Taobao dalam bahasa Inggeris. Tapak e-dagang popular dari China itu hanya tersedia dalam bahasa Cina sahaja sejak penubuhannya. Walaupun antara muka bahasa Inggeris masih dalam versi beta, ia sudah menawarkan pengalaman yang boleh digunakan serta penerangan terperinci.

    Menariknya, setiap item dalam aplikasi itu mempunyai anggaran penukaran harga dalam Ringgit Malaysia (RM) menjadikannya lebih mudah diakses oleh pengguna tempatan. Menurut Taobao, semua terjemahan bahasa Inggeris dilaksanakan secara automatik melalui AI.

    Sebab utama Malaysia dipilih sebagai salah satu negara pertama yang mendapat akses kepada beta adalah kerana kita menduduki tempat ketiga di Asia untuk penguasaan bahasa Inggeris selepas Singapura dan Filipina. Taobao akan terus memperhalusi antara muka beta bahasa Inggeris berdasarkan maklum balas daripada pengguna.

    Ia juga menyediakan sokongan pelanggan dalam bahasa Inggeris dan Cina. Bulan lalu, Malaysia dipilih untuk menerima penghantaran percuma bagi pembelian barangan fesyen melebihi CNY199 (~RM121).

    Bersempena pelancaran beta bahasa Inggeris, Taobao turut memperkenalkan beberapa baucar untuk pengguna baharu serta pulangan percuma dalam masa 15 hari untuk pulangan pertama pengguna. Bagi kaedah pembayaran, pengguna Malaysia boleh menggunakan kad kredit dan debit, Atom, ansuran kad kredit, perbankan dalam talian dan e-dompet.

    Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured