More

    Malaysia perkenal pasport 10 tahun RM350 — Ini apa yang anda perlu tahu

    Malaysia secara rasmi memperkenalkan pasport 10 tahun dengan kadar baharu RM350 bagi warganegara berumur 18 hingga 59 tahun, berkuat kuasa selepas diwartakan melalui Fees (Passports and Visas) (Amendment) Order 2026 pada 3 Jun 2026.

    Bagi warga emas berumur 60 tahun ke atas, bayaran ditetapkan pada RM175 manakala golongan orang kurang upaya (OKU) berdaftar layak mendapat pasport percuma. Perubahan ini menjadikan tempoh sah pasport Malaysia lebih panjang berbanding sebelum ini yang hanya 5 tahun.

    Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kekerapan pembaharuan dokumen perjalanan bagi rakyat. Walaupun peraturan baharu telah diwartakan, Jabatan Imigresen Malaysia masih belum mengumumkan tarikh rasmi pelaksanaan permohonan di semua kaunter dan platform sedia ada.

    Langkah ini dijangka memberi kemudahan besar kepada rakyat Malaysia khususnya mereka yang kerap melakukan perjalanan antarabangsa selain mengurangkan kesesakan urusan pembaharuan pasport di kaunter imigresen. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Sinar Harian

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...