More

    Malaysia perkenal Sistem Perisikan Pantau Penjualan Data Peribadi dalam laman gelap

    Kementerian Digital akan melancarkan sistem perisikan pertama di Malaysia bagi memantau aktiviti penjualan data peribadi di laman gelap pada suku kedua tahun ini. Sistem ini bertujuan menangani ancaman keselamatan digital yang semakin membimbangkan.

    Menteri Digital, Gobind Singh Deo, berkata sistem ini dikenali sebagai Projek Keupayaan Automasi Sokongan Perisikan Bagi Pengurusan Kes Ketirisan Data Peribadi. Ia dibangunkan bagi mengesan transaksi penjualan data peribadi secara haram melalui laman sesawang gelap dan platform beli-belah dalam talian.

    Sebagai langkah tambahan, Kementerian Digital melalui Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (PDP) akan mempertingkatkan penguatkuasaan termasuk meningkatkan pemeriksaan terhadap sistem data peribadi di bawah Akta 709 serta menjalankan lebih banyak serbuan ke atas syarikat yang terlibat dalam pelanggaran data.

    Selain itu, beberapa pejabat Pesuruhjaya PDP akan dibuka di seluruh negara bermula di Sabah dan Sarawak bagi mempercepatkan tindakan penguatkuasaan. Usaha ini turut disertai oleh CyberSecurity Malaysia yang akan menubuhkan Akademi Keselamatan Siber Malaysia untuk melatih tenaga kerja mahir dalam bidang keselamatan siber.

    Menurut Gobind, langkah ini sejajar dengan usaha kerajaan dalam memastikan perlindungan data peribadi rakyat berada di tahap tertinggi serta mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa seperti ISO/IEC 27001 dan ISO/IEC 27701. Dengan pelaksanaan sistem ini, kerajaan berharap dapat mengurangkan aktiviti jenayah siber serta meningkatkan tahap keselamatan digital negara.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured