More

    Malaysia perkukuh Sovereign AI – Anwar bertemu CEO NVIDIA di APEC 2025

    Malaysia kini melangkah lebih pantas ke arah menjadi negara AI terkemuka menjelang 2030 apabila Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menerima taklimat kemajuan pembangunan Sovereign AI daripada Jensen Huang (Pengasas & CEO NVIDIA) dan Dato’ Seri Yeoh Seok Hong (Pengarah Urusan YTL Power) semasa Sidang Kemuncak Ekonomi Pemimpin APEC 2025.

    Sovereign AI (AI Berdaulat) bermaksud keupayaan sesebuah negara untuk membangunkan, memiliki dan mengawal sepenuhnya sistem serta infrastruktur kecerdasan buatan (AI) miliknya sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada pihak luar.

    Pertemuan turut dihadiri Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk membincangkan kemajuan besar yang dicapai sejak pertemuan pertama antara Anwar dan Huang di Kuala Lumpur pada Disember 2023.

    Dalam tempoh kurang dua tahun, Malaysia telah melancarkan Pejabat AI Negara di bawah Kementerian Digital serta memperkenalkan beberapa inisiatif seperti pembangunan Sovereign AI Cloud dan program peningkatan kemahiran AI untuk sektor awam dan swasta. Pada Ogos lalu, Malaysia turut memperkenalkan ILMU, model bahasa besar (LLM) pertama negara.

    Antara pencapaian utama yang diketengahkan ialah siapnya pusat data AI berteknologi tinggi YTL Power di 600MW YTL Green Data Center Park, Kulai, Johor yang menggunakan GPU cecair penyejuk NVL72 Grace Blackwell (GB200) daripada NVIDIA. Anwar menegaskan, Malaysia komited membina ekosistem digital berasaskan AI yang selamat, dipercayai dan inklusif.

    Sementara itu, kerajaan telah memperuntukkan RM5.9 bilion dalam Belanjawan 2026 bagi memperkukuh sektor AI negara termasuk pelaburan strategik dalam infrastruktur dan data center. Dengan YTL AI Cloud sudah beroperasi serta pelancaran ILMU, Malaysia kini antara negara terawal di rantau ini yang memiliki keupayaan Sovereign AI sepenuhnya.

    YTL AI Cloud berpusat di kampus data seluas 1,640 ekar di Johor yang dikuasakan oleh tenaga boleh diperbaharui daripada loji solar 500MW di tapak sama dan menjadikannya antara superkomputer AI berskala besar pertama di Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Laptop boleh jadi PC gaming? UGREEN lancar LinkStation Pro dengan kuasa 850W

    UGREEN memperkenalkan dok kad grafik luaran (eGPU) baharu iaitu UGREEN LinkStation Pro yang menggunakan teknologi sambungan Thunderbolt 5. Kelajuan pemindahan data yang...

    KDN kini ada ‘Menteri AI’ untuk jawab soalan rakyat, sokong 12 bahasa

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan inisiatif AI Digital Human sebagai saluran interaktif baharu berasaskan teknologi kecerdasan buatan bagi mengendalikan soalan dan soalan...

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...