More

    Malaysia perluaskan kemudahan “autogate” untuk pelawat dari 60 negara

    Jabatan Imigresen Malaysia telah memperluaskan kemudahan autogate untuk urusan keluar masuk ke negara ini kepada pelawat dari 53 lagi negara, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

    Beliau menyatakan bahawa negara-negara tersebut terdiri daripada 26 negara Kesatuan Eropah (EU), 17 negara Eropah lain di luar EU, enam negara Arab dan empat negara lain iaitu Kanada, Hong Kong, China dan Taiwan. Secara keseluruhan, pelawat dari 60 negara kini mendapat kemudahan autogate untuk urusan Imigresen di Malaysia.

    Beliau menjawab soalan ahli parlimen yang bertanya tentang langkah-langkah kerajaan untuk meningkatkan perkhidmatan dan jumlah mesin imbasan pasport automatik bagi memudahkan kemasukan pelancong asing ke negara ini.

    Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan bahawa kemudahan ini akan mempercepatkan dan mempermudahkan proses pemeriksaan di pintu masuk negara tanpa mengabaikan aspek keselamatan dalam menangani kesesakan di pintu masuk.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured