More

    Malaysia sedia berhijrah dari IPv4 ke IPv6 untuk tingkatkan keselamatan siber

    Ahli Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Derek John Fernandez, berkata negara kini sedang bersiap sedia untuk berhijrah ke Protokol Internet versi 6 (IPv6) daripada IPv4 bagi meningkatkan tahap keselamatan siber dalam kalangan rakyat.

    Dengan berpindah kepada IPv6, ia boleh menyediakan alamat IP unik untuk setiap pengguna internet serta boleh meningkatkan keselamatan siber dan kedaulatan perundangan negara. Pemindahan tersebut telah pun bermula tapi masih belum 100 peratus.

    Di samping iu, MCMC juga akan mendapatkan nombor pendaftaran National Internet Registry supaya alamat-alamat IP boleh diambil alih dalam bidang kuasa Kerajaan. Proses ini akan mengambil masa kira-kira tiga hingga lima tahun.

    Beliau menjelaskan bahawa agensiyna berpegang kepada Seksyen 171 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, di mana kuasa atas alamat internet ini berada dalam milikan MCMC dan kerajaan Malaysia.

    Pemindahan ke IPv6 ini diumum sewaktu beliau menghadiri bengkel antarabangsa Asia Pacific Workshop: Certified IPv6 Migration Strategy for Regulators and Governing Authorities yang menyaksikan pelbagai organisasi telekomunikasi dari beberapa negara untuk memperkenalkan konsep IPv6.

    IPv6 menggunakan alamat IP yang lebih panjang dan menghasilkan banyak kelebihan seperti meningkatkan keselamatan dan mengurangkan jenayah penipuan dalam talian. Selain pelbagai agensi negara, bengkel tersebut turut menggalakkan perniagaan dan perbankan untuk beralih ke IPv6.

    Antara negara yang sudah pun memindahkan majoriti trafik internet mereka kepada IPv6 termasuklah Perancis, Jerman dan India. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured