More

    Malaysia tubuhkan Majlis Penasihat Aset Digital dan AI

    Teknologi aset digital dan kecerdasan buatan (AI) kini diiktiraf sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi dunia. Seiring dengan perkembangan ini, kerajaan mengumumkan penubuhan Majlis Penasihat Aset Digital dan AI sebagai satu badan strategik yang akan membantu memperkukuh kedudukan Malaysia dalam landskap digital global.

    Mesyuarat pertama majlis ini memfokuskan kepada potensi Malaysia sebagai hab utama dalam teknologi blockchain dan aset digital khususnya dalam sektor bernilai tinggi seperti perdagangan rentas sempadan, industri halal dan kewangan Islam.

    Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Aset Digital dan Kepintaran Buatan di Putrajaya

    Antara tumpuan utama ialah penerapan teknologi seperti tokenisasi, stablecoin, aset kripto dan kecerdasan buatan yang berperanan meningkatkan kecekapan sistem kewangan digital negara. Ini termasuk mempercepatkan transaksi, memperkukuh ketelusan dan memastikan pematuhan yang lebih menyeluruh.

    Kerajaan turut menzahirkan komitmen untuk terus bekerjasama dengan agensi-agensi utama termasuk Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia dan beberapa kementerian berkaitan dalam memastikan pembangunan teknologi ini dilaksanakan secara progresif dan bertanggungjawab.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Facebook

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured