More

    Mandalorian musim 2, Falcon And Winter Soldier, & WandaVision akan ditayangkan tahun ini

    Pastinya ramai yang sudah menonton trailer pendek siri Marvel TV dari Super Bowl 2020. Ini bukanlah satu-satunya movie yang akan datang daripada Disney +, tetapi syarikat itu juga mengesahkan tayangan untuk rancangan Mandalorian musim 2.

    CEO Disney, Bob Iger, memberitahu Mandalorian musim 2 akan ditayangkan pada Oktober 2020 (tarikh yang tepat masih belum diketahui). Selain itu, siri Star Wars spin-off juga akan disiarkan tidak lama lagi.

    Menurutnya lagi, Lucasfilm akan berehat dari industri filem kerana syarikat itu ingin memberi tumpuan penuh untuk menghasilkan siri TV seperti Rogue One prequel (mungkin mengenai Cassian Andor) serta Obi-Wan Kenobi yang dijadualkan untuk tahun 2021.

    Bob Iger juga mengesahkan lebih banyak lagi siri selepas musim kedua untuk siri Mandalorian dan kemungkinan akan menyelitkan beberapa watak baru arahan mereka sendiri.

    Bagi siri Marvel di Disney +, The Falcon And Winter Soldier akan membuat kemunculan sulungnya pada Ogos 2020 ini, diikuti oleh WandaVision pada Disember 2020. Tarikh untuk penyiaran setiap siri itu seolah-olah mengambil masa agak lama tetapi kami fikir ia mungkin strategi syarikat itu yang lebih mementingkan kualiti daripada kuantiti.

    Terdapat lebih 28 juta pelanggan Disney + malangnya ia masih belum di didapati di Malaysia secara rasmi. Rancangan manakah yang anda ingin tonton untuk tahun ini? beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...