More

    Mangsa “body shaming” boleh lapor pembuli siber kepada polis, SKMM! Denda RM50,000

    Dengan perkembangan platform media sosial yang semakin meningkat dan meluas, platform-platform turut memberi ciri keselamatan dan privasi yang baik seperti pengesanan kata-kata kesat, kebencian dan sebagainya. Namun, ia masih tidak menghalang perbuatan mengecam badan individu di media sosial. Mangsa body shaming atau sindir badan boleh melapor dan sebenarnya mendakwa si pelaku.

    Menurut seorang peguam melalui sumber, mangsa boleh membuat aduan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di laman web rasmi. Mangsa perlu membuat tangkapan skrin (screenshot) terhadap mesej sindir badan yang telah dibuat oleh pelaku dan mengumpulkan apa sahaja bukti relevan seperti latar belakang dan komen pelaku.

    Pelaku boleh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, bahawa mana-mana orang yang membuat kandungan mengancam atau menyinggung dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain adalah satu kesalahan. Jika disabit kesalahan, pelaku boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

    Tambah peguam lain melalui sumber, pelaku juga boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan di mana barang siapa dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan seseorang, menyebut apa-apa perkataan, membuat apa-apa bunyi atau isyarat atau mengganggu kesantuan seseorang, boleh dikenakan tindakan.

    Selain itu, pelaku juga boleh disabitkan di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan di mana jika mana-mana individu membuat atau menerbitkan sebarang kenyataan tidak benar yang akan atau boleh merosakkan reputasi orang lain, serta ditulis atau disebarkan dengan niat jahat, adalah melakukan satu kesalahan jenayah fitnah dan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

    Perbuatan sindir badan ini dilihat semakin berleluasa, contohnya seorang gadis berusia 21 tahun baru-baru ini yang telah dibuli oleh pengguna aplikasi TikTok yang menyatakan mangsa kelihatan hodoh dan harus memakai topi keledar.

    Kami menasihatkan anda agar sentiasa menjaga adab dalam platform media sosial walaupun kita ada kebebasan bersuara. Usah melanggar had kebebasan bersuara dengan memberi kenyataan yang boleh disabit kesalahan. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

    "
    "

    Gambar dari Gift Habeshaw/Unsplash

     

    Artikel Terkini

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia untuk tempahan di Malaysia

    Nothing mengumumkan pelancaran peranti Nothing Phone (4b) dan fon telinga Nothing Ear (3a) untuk pasaran Malaysia. Tempahan secara dalam talian dibuka bermula...

    Oppo A7 Pro dilancar dengan bateri 8,000mAh, paparan OLED 120Hz dan kamera 50MP

    OPPO melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu OPPO A7 Pro secara rasmi di China yang dipasarkan untuk segmen kelas pertengahan dengan fokus utama...

    MediaTek Helio G99+ diperkenal untuk peranti mampu milik dengan RAM LPDDR5X

    MediaTek secara rasmi menyenaraikan pemproses cip 4G baharu iaitu Helio G99+ pada laman web rasmi mereka. Langkah ini diambil bagi memastikan kelangsungan...

    HUAWEI Pura X View dilancar dengan skrin lebar 16:9.5, bateri 7,000mAh dan kamera 200MP...

    HUAWEI secara rasmi mengumumkan harga dan ketersediaan HUAWEI Pura X View selepas memperkenalkannya secara ringkas bulan lalu. HUAWEI Pura X View menampilkan...

    Xiaomi 18 Fold tiba dengan reka bentuk “Mid-Fold”, cip XRING O3 dan RAM LPDDR6

    Xiaomi melancarkan telefon pintar lipat terbaharu Xiaomi 18 Fold di China yang menampilkan rekaan yang dinamakan sebagai "mid-fold" iaitu gabungan saiz antara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured