More

    Manusia pertama dengan jantung titanium hidup selama 105 hari

    Seorang lelaki Australia berusia pertengahan 40-an mencatat sejarah perubatan dengan hidup selama 105 hari menggunakan jantung titanium buatan sementara menunggu penderma jantung yang sesuai. Beliau menjadi individu pertama di dunia yang dibenarkan keluar dari hospital dengan peranti jantung buatan ini. ​

    Pembedahan pemindahan jantung penderma berlangsung selama enam jam pada 22 November 2024 di Hospital St. Vincent, Sydney yang merupakan sebahagian Program Perintis Jantung Buatan Universiti Monash. Program ini bertujuan mereka bentuk dan menguji peranti baharu seperti Jantung Buatan Total (TAH) BiVACOR. ​

    Profesor Chris Hayward, pakar kardiologi di Hospital St. Vincent, meramalkan bahawa dalam dekad akan datang, jantung buatan akan menjadi alternatif bagi pesakit yang tidak dapat menunggu penderma jantung atau apabila penderma tidak tersedia.

    Peranti titanium ini dilengkapi dengan pengawal luaran kecil dan bateri boleh dicas semula serta fungsi direka sepenuhnya sama seperti jantung asli pesakit. Kes ini menandakan tempoh terpanjang seseorang hidup dengan jantung buatan sementara menunggu penderma.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: CNN

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...